Connect with us

Oh! Media

“Kembang Tekak Nak Makan” – Tular Video Budak Ludah Dari Atas Masuk Air Minuman

Oh! Tidak

“Kembang Tekak Nak Makan” – Tular Video Budak Ludah Dari Atas Masuk Air Minuman

Terbaru, tular satu video mengenai individu meluahkan rasa tidak puas hati apabila seorang budak tidak dikenali telah ludah ke dalam air minumannya. Eee, jijiknya!

ADVERTISEMENT

BACA: “Ludah Di Langit Memang Kena Muka Sendiri”- Chef Wan Kesal Adik Beradik Tak Nak Jaga Mak

Individu berkenaan memberitahu perkara tersebut menerusi satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok miliknya.

Ludah kena dalam air

@ilhmz.pdf

I was enjoying my moment while there’s one kid main ludah-ludah dari tingkat atas. worse, ludah dia jatuh on my drink. that’s so rude. bila I pandang atas, that kid sorok from my sight. what if ludah dia jatuh on my cake which I belum sempat nak sentuh lagi ? please watch your child especially in public. #fyp #fypシ #foryou #tiktokmy #xyzbca

♬ ALL THE THINGS SHE SAID X INDUSTRY BABY – ALTÉGO

Menurut individu tersebut, dirinya sedang menikmati makanan di sebuah kafe tingkat bawah pusat membeli belah. Kemudian, dia mendapati seorang kanak-kanak yang tidak dikenali meludah dari tingkat atas.

Saya sedang menikmati makanan dan tiba-tiba seorang budak main ludah-ludah dari tingkat atas. Lebih teruk, ludah dia jatuh dalam minuman saya. Ini sangat biadap.

Dalam pada masa yang sama, individu berkenaan meminta ibu bapa di luar sana untuk lebih peka dengan tindak tanduk anak-anak.

Bukan nak ajar awak untuk macam mana nak jaga anak tapi tolonglah tengok anak tengah buat apa. Kembang tekak nak makan tau tak?

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan kanak-kanak tersebut.

ludah
ludah

Adoi kalau kami kena macam ini pun, rasa kembang tekak nak makan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas