Connect with us

Oh! Media

Keluarga Nafi Anak Terlibat Dalam Kes Kematian Zara Qairina

Ohmedia zara qairina

Oh! Tidak

Keluarga Nafi Anak Terlibat Dalam Kes Kematian Zara Qairina

Bapa nafikan anak terlibat kes kematian Zara Qairina, siap buat laporan polis demi bersihkan nama.

Bila dah tular gambar di media sosial, memang macam-macam cerita boleh timbul. Tapi kali ini, keluarga seorang pelajar terpanggil untuk buka mulut bila wajah anak mereka dikaitkan pula dengan kes kematian Zara Qairina.

Menurut bapa pelajar itu, segala tuduhan yang tersebar sebenarnya tak betul sama sekali. Malah, dia sendiri sudah ambil langkah undang-undang untuk pastikan nama baik keluarga mereka dibersihkan.

Anak sudah berhenti sekolah sejak awal tahun lagi…

Ohmedia zara Qairina

Bapa berkenaan menjelaskan, anaknya sebelum ini memang pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan di Papar, tapi hanya dari tahun 2022 hingga awal 2024 sahaja.

IKLAN

Katanya lagi, anaknya sudah berhenti sekolah tersebut kerana menerima tawaran untuk sambung belajar di sebuah kolej vokasional. Malah, dia turut berkongsi bukti berupa laporan polis dan sijil berhenti sekolah.

Isu ini makin serius bila ada video dan gambar anaknya tular dengan kapsyen ‘muka pembunuh’. Bimbang keselamatan keluarga, bapa itu terus buat laporan di Balai Polis Lahad Datu pada Jumaat lepas.

Video tular walaupun sudah dipadam…

Zara

Dia juga beri amaran akan mengambil tindakan sivil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaitkan anaknya dengan kes kematian Zara Qairina.

Bapa pelajar itu mendedahkan, laporan polis turut dibuat terhadap sebuah akaun TikTok yang memuat naik video wajah anaknya. Walaupun pemilik akaun itu sudah memohon maaf dan memadam video berkenaan, cerita palsu itu masih berlegar di tangan beberapa individu.

Pssttt! Korang, zaman sekarang ni memang bahaya bila cerita yang tak pasti kebenarannya disebarkan sesuka hati. Sikit-sikit boleh jadi fitnah, dan kesannya bukan kecil. Jadi, sebelum kita tekan butang share, pastikan dulu cerita tu betul-betul sahih. Jangan sampai kita yang menanggung dosa kerana menyebarkan berita palsu hanya sebab nak viral.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas