Connect with us

Oh! Media

Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diumum Esok?

Trending

Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diumum Esok?

Menteri Kanan Pertanahan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan pertemuan esok bersama tiga menteri lain iaitu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) bagi kelonggaran dalam negera menuju ke fasa endemik termasuklah perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu dan sebagainya.

Mereka akan melihat keputusan-keputusan kelonggaran yang telahpun diumumkan sebelum ini dan SOP yang sedia ada perlu difahami semua. 

Ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini.

Menurutnya juga, Tan Sri Annuar Musa boleh bantu menggunakan beberapa platform yang ada untuk memaklum perkara ini kepada orang ramai.

+ Berita penuh akan menyusul

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas