Connect with us

Oh! Media

Kedah Cadang Wajibkan Tulisan Jawi Pada Papan Iklan

Copy of Untitled Design   1

Oh! Tidak

Kedah Cadang Wajibkan Tulisan Jawi Pada Papan Iklan

Kerajaan negeri Kedah bercadang mewajibkan penggunaan tulisan jawi sebagai tulisan kedua selepas rumi pada setiap papan iklan dan papan tanda di negeri itu.

Menurut laporan Harian Metro, cadangan ini bertujuan memartabatkan tulisan jawi sebagai sebahagian daripada warisan budaya negara dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Mansor Zakaria. 

Kita sudah ada undang-undang kecil yang menggalakkan penggunaan tulisan jawi. Bermakna semua papan iklan digalakkan menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan kedua.

Selain itu, bahasa lain boleh digunakan sebagai tulisan ketiga pada papan iklan, bergantung kepada keperluan.

IKLAN

Larangan gambar dan visual tidak bermoral

Img 7344

Mansor turut menekankan bahawa penggunaan gambar wanita mencolok mata, bahan larangan, atau imej berbaur perkauman dan hasutan tidak dibenarkan pada papan iklan.

Papan iklan tidak boleh memaparkan visual senjata berbahaya atau unsur-unsur yang boleh menimbulkan kontroversi.

Langkah ini akan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kedah.

Memartabatkan identiti dan budaya

13722e93 fbfe 4f7e bd60 42679c3a9b7d

Kerajaan negeri percaya bahawa penggunaan tulisan jawi bukan sahaja memartabatkan budaya warisan, tetapi juga melahirkan identiti unik bagi Kedah. Inisiatif ini seiring dengan undang-undang kecil sedia ada yang menyokong penggunaan tulisan jawi.

#OhmediaNasihat

Tulisan jawi adalah sebahagian daripada warisan negara yang perlu kita hargai dan lestarikan. Sebagai masyarakat, kita harus menyokong usaha ini untuk memupuk rasa bangga terhadap budaya kita sendiri. Dalam pada itu, pastikan kandungan iklan kita sopan dan tidak melanggar etika supaya mesej yang disampaikan tidak menimbulkan salah faham.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas