Connect with us

Oh! Media

“Kau Takat Google Pastu ‘Claim’ Dapat Jawapan” – Dakwa Jumpa Lokasi Mangsa, Waris MH370 Tempelak PrinceMeed

Trending

“Kau Takat Google Pastu ‘Claim’ Dapat Jawapan” – Dakwa Jumpa Lokasi Mangsa, Waris MH370 Tempelak PrinceMeed

Sebut sahaja nama PrinceMeed, pasti ramai yang mengenali Youtuber ini yang gemar memuat naik video menerangkan teori konspirasi yang berlaku di dunia ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Mangsa MH370 Nafi Gambar Tular Adalah Ayahnya, Tepis Andaian Dapat Pampasan Tutup Mulut

Baru-baru ini pula, Youtuber berkenaan memuat naik video yang mendakwa pesawat MH370 kini berada di sebuah pulau kecil Diego Garcia menerusi saluran YouTubenya.

Gambar pekerja Diego Garcia dikatakan mirip mangsa MH370

Sejurus selepas video itu mula mendapat perhatian warganet, tular pula beberapa keping gambar yang didakwa menyerupai wajah mangsa-mangsa MH370.

Gambar pekerja di Diego Garcia yang dikatakan mirip mangsa MH370

Waris mangsa MH370 tampil bersuara

Susulan daripada itu, seorang individu yang mendakwa dirinya waris kepada mangsa tampil menempelak tindakan Princemeed sambil menyifatkan tindakannya itu sebagai semberono ketika menyebarkan maklumat.

Menurut lelaki tersebut, implikasi video tersebut telah menyebabkan ibunya kini kembali bersedih mengenangkan kejadian tersebut selepas tularnya video kospirasi itu.

Aku dah tak boleh fokus kerja. Sampai mak aku yang dah boleh ceria sikit, tapi sekarang dia termenung balik.

Kau nampak tak kesan dia? Ingat senang ke nak pujuk mak aku, nak bagi dia tenang balik

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mempersoalkan tindakan PrinceMeed yang dilihat tidak mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan tepat.

Kau setakat google, ambil dan petik konten pastu claim kau dah jumpa jawapan. Kalau macam tu, aku pun boleh buat.

Kau setakat duduk dalam bilik, tak bercampur dengan dunia luar. Tak kaji sejarah pastu nak cakap pasal Diego Garcia. Kau memang tak tahu malu.

Pekerja mirip mangsa rupanya warga Filipina

Dalam pada itu, lelaki tersebut juga menjelaskan bahawa wajah-wajah segelintir pekerja di Diego Garcia yang didakwa mirip seperti mangsa MH370 itu merupakan warga Filipina.

Mereka orang Filipina, dipanggil Overseas Philippine Workers (OPW) yang bekerja di bawah satu syarikat servis sokongan. Mereka memang dah lama diambil kerja di situ. Sebab bayaran mereka murah.

Sebab apa muka macam Melayu? Sebab orang Filipina memang banyak muka macam Melayu. Kenalan aku yang duduk Filipina pun dah sahkan benda ni. Memang orang Filipina.

Pemuda itu turut menasihatkan agar PrinceMeed untuk mendapatkan sumber yang sahih dan tepat sebelum menyebarkan sesuatu informasi.

Kalau nak cari bukti, kena ada sumber dan sahih. Setakat sembang pakai google, tu bodoh namanya. Nak cari kebenaran tu tak salah, tapi bukan senang. Kalau tak ambil kira soal iman dan kewarasan, semua benda kau langgar dan percaya.

Kredit: Facebook Dieman Adiemz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas