Connect with us

Oh! Media

“Kat Malaysia Seringgit Dapat Tulang” – Suami Fatin Afeefa Terkejut Tengok Harga Nasi Di Brunei

suami fatin afeefa

Oh! Tidak

“Kat Malaysia Seringgit Dapat Tulang” – Suami Fatin Afeefa Terkejut Tengok Harga Nasi Di Brunei

Suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang terkejut mendapat tahu harga bagi sebungkus nasi di Brunei hanyalah $1.20. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai meluahkan rasa teruja dia mampu makan nasi berlaukkan ayam dengan harga semurah itu.

ADVERTISEMENT

Dalam rakaman itu, Opai membeli 7 bungkus nasi dengan harga $8.40 sahaja. Jutawan saham muda ini memuji keadaan kedai yang selesa lengkap dengan penghawa dingin, nasi yang dijual juga menggunakan beras wangi.

Opai terkejut nasi murah di Brunei

@aliff_awang Malaysia baru nak buat “Menu Rahmah” Itupun RM5. Brunei nasi seringgit je siak 🤣 brunei masih murah @bukan fatin afeefa ♬ Super Rich Kids – Frank Ocean

Aliff yang berusia awal 30-an mencadangkan pengikutnya berkahwin dengan orang Brunei untuk kos hidup yang rendah. Dia juga berseloroh mahu berpindah ke Brunei.

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan para pengikut. Mereka mengakui hal yang sama dan mengingatkan orang ramai supaya tak ‘convert’ harga ke ringgit Malaysia.

harga nasi di brunei
harga nasi RM1 brunei

Apa-apa pun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kan?

Kredit: TikTok @aliff_awang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas