Connect with us

Oh! Media

Pasangan Kekasih Kantoi Buat Projek Dalam Kereta Akhirnya Ditahan

Oh! Tidak

Pasangan Kekasih Kantoi Buat Projek Dalam Kereta Akhirnya Ditahan

Tular di media sosial satu video menunjukkan pasangan kekasih ‘kantoi’ buat projek dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Adia berwarna merah. Selamba dia je!

ADVERTISEMENT

BACA : Pasangan Kekasih Kantoi Buat ‘Projek’ Dalam Kereta, Perintah Tahanan Reman Dikeluarkan

Menurut laporan Kosmo, rakaman kejadian itu dipercayai berlaku lebih kurang pada jam 3.03 petang dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak.

https://www.tiktok.com/@utusantvofficial/video/7218982657357516038?m
Sumber video: Utusan TV

Penahanan dibuat melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan yang baru saja berusia 17 tahun dan polis berjaya mengesan lokasi kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara pukul 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini.

Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh dua tahun.

Mohd. Sohaimi juga sempat mengingatkan orang awam untuk tidak melakukan perbuatan sebegini ataupun yang melanggar norma kehidupan dan insan negara ini.

Kredit: Kosmo | Utusan TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas