Oh! Tidak

“Kadet Polis Perangai Banduan” – 7 Suspek ‘Sesah’ Remaja Ditahan Lepas Video Tular

Published on

Seramai tujuh orang suspek berusia 14 hingga 17 tahun ditangkap susulan rakaman tular memaparkan aksi mereka membelasah seorang remaja lelaki.

BACA: “Dicekik Ketika Tidur, Disimbah Air” – Abang Sering Meracau Lepas Kena Buli Di Asrama

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taman permainan di kawasan Puteri Wangsa, Johor Bahru. Pihak polis bertindak mengesan suspek selepas menerima laporan jam 4 petang semalam.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 58 saat, suspek dilihat memukul mangsa bertubi-tubi dan mangsa hanya terbaring kesakitan.

Berdasarkan kenyataan sumber di aplikasi Twitter, mangsa baru sahaja baik daripada penyakit kanser dan mangsa dipercayai sudah lama dibuli.

Kredit: Twitter ciraplaici

Sumber memaklumkan mangsa adalah anak kepada rakan ibunya. Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati dan mengkritik tindakan pelajar-pelajar yang membuli. 7 lawan 1 tu!

Kredit: Twitter ciraplaici | Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version