Oh! Tidak

“Janganlah Menghina Orang Melayu…”, Aliff Syukri Nasihat Makcik Kemboja Jangan Keruhkan Keadaan

Published on

Sehingga ke hari ini, masih lagi kecoh mengenai isu usahawan wanita yang berasal dari Kemboja telah teruk dikecam netizen apabila mengeluarkan kenyataan ‘Melayu Pemalas’.

BACA: Founder” Kelahiran Kemboja Jolok Sarang Tebuan, Cakap Orang Melayu Pemalas

Berikutan dengan isu ini, usahawan popular Dato Seri Aliff Syukri tampil menasihati wanita berkenaan yang juga rakannya supaya segera memohon maaf dengan ikhlas.

Saya memohon kepada anda janganlah menghina orang Melayu, sebab di negara ini kebanyakan bangsa Melayu.

Jadi jangan tuntut isu orang Melayu ke, orang Indonesia, Vietnam kerana semua ada yang pemalas dan ada juga semua yang rajin.

Bagi saya apa jenis konten yang kita nak buat, jangan sentuh isu agama dan isu bangsa.

Saya tak mahu ulas lebih-lebih takut terkena pada diri saya dan bagi saya perkara ini (isu Melayu pemalas) berikan impak yang besar.

Kita tak tahu esok lusa kita nak meniaga tapi orang boikot.

Malah, Aliff juga meminta Madame Mariyah untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan tidak melawan mana-mana pihak.

Katanya, sosial media kini tidak lagi seperti dahulu kerana apa sahaja tindakan yang kita lakukan boleh melibatkan pihak berkuasa.

Mengenali sendiri Madame Mariyah, dia adalah seorang individu yang lantang bersuara namun dengan perwatakan sedemikian dia tidak boleh melampui batas.

Kak Mariah boleh mohon maaf dengan ikhlas dan senyap adalah jalan terbaik.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Anak makcik Kemboja cakap video asal dah diedit 🤔 #makcikkemboja #anakmakcik #viral #ohmedia #hj

♬ Cap – burrell

Exit mobile version