Connect with us

Oh! Media

“Jangan Tinggal Tahi Untuk Orang Lain” – Warga Emas Kutip Sampah Di Pantai, Tak Tahan Bau Busuk

Ohmedia warga Emas Tak Tahan Bau Busuk

Oh! Tidak

“Jangan Tinggal Tahi Untuk Orang Lain” – Warga Emas Kutip Sampah Di Pantai, Tak Tahan Bau Busuk

Bila bercuti, perlulah ingatkan diri supaya menjaga kebersihan lebih-lebih lagi di tempat awam.

Tapi, masih ramai lagi yang anggap perkara ini remeh sampaikan tempat perlancongan penuh dengan sampah-sarap.

Tular di TikTok, memaparkan seorang warga emas yang dikenali sebagai Tokki mengutip sampah di Pantai Penarik, Terengganu kerana sudah tak tahan dengan bau busuk dari sampah-sarap yang ditinggalkan oleh pelancong.

IKLAN

Lagi tak masuk akal, Tokki turut menemukan satu lampin bayi yang dipenuh najis di pantai berkenaan.

Inilah satu perbuatan yang paling tak baik, kita perlu bertanggungjawab dengan tempat tinggal kita sebab kalau kalian nak tahu, lampin bayi ni ambil masa beratus tahun baru boleh hancur dan sebati dengan alam.

Kalau bawa anak beruti, bawa pulang sekali lampin mereka. Jangan tinggal tahi untuk orang lain. Kalau tinja tu bau wangi tak mengapa la juga.

@punohdohtiktokni

Tokki & Napkin – The untold story Ahli Syurga Tokki bagi nasihat tentang pengunjung yang datang #TikTokAwardsMY2024 #viral #fypシ #fyp #setiu #pampers #cleanup

♬ original sound – LKP – teamlkp

Tokki tak mahu pantai tercemar

Tambahnya, dia mengahrapkan pengorbanan yang dibuat akan bawa perubahan kepada masyarakat.

Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua kerana berbakti kepada negara untuk mengutip sampah, InsyaAllah.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan usaha Tokki untuk bersihkan pantai daripada tercemar dan mendoakannya supaya dipanjangkan umur.

Betul nasihat dari Tokki tu. Tanggungjawab ni kita perlu pikul sama-sama supaya alam tak tercemar. Ingat ye, dalam seronok bercuti pun kita perlu sentiasa menjaga kebersihan di tempat awam.

Ohmedia warga Emas Tak Tahan Bau Busuk

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas