Connect with us

Oh! Media

Jabatan Veterinar Sahkan Penyakit Demam B*bi Afrika Dikesan Di Negeri Sembilan

babi

Trending

Jabatan Veterinar Sahkan Penyakit Demam B*bi Afrika Dikesan Di Negeri Sembilan

Korang pernah dengar tak nama penyaki Demam Babi Afrika? Apapun itulah penyakit yang dikesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.

ADVERTISEMENT

Penyakit itu disahkan hasil dari sampel ke atas dua ekor daripada 275 ekor babi di ladang berkenaan. Lebih parah apabila ladang babi terbabit didapati tidak berlesan dan diusahakan secara haram.

Pihak kami menerima maklumat mengenai penyakit itu pada Khamis lepas, sebelum JPVNS bertindak mengambil sampel pada dua haiwan tersebut dan keputusan yang diterima pada petang semalam mendapati ia positif ASF.

Kita tidak mendapat kerjasama daripada penternak di ladang tersebut berhubung bagaimana haiwan itu dijangkiti, tetapi menerusi maklumat yang tidak dapat disahkan lagi, jangkitan kemungkinan susulan kemasukan haiwan berkenaan dari Perak dan siasatan masih dijalankan. – Kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir.

Apabila penyakit ini dikesan, semua haiwan ternakan terbabit akan dilupuskan mengikut SOP. Pemilik ladang haram ini juga akan berdepan tindakan undang-undang kerana melanggar notis untuk menghentikan pengoperasian.

Patut ambil pengajaran kematian 100 orang penduduk sebelum ini.

Penternak di kawasan itu sepatutnya mengambil pengajaran daripada kes virus Nipah yang pernah menjangkiti ternakan babi, sehingga menyebabkan lebih 100 kematian penduduk pada 1999.

Bagi pembeli, mereka juga dinasihatkan lebih berwaspada sekiranya mendapat tawaran harga rendah bagi penjualan daging babi di mana-mana pasar raya dan pasar.

Tahniah diucapkan kepada penguatkuasa kerana pantas bertindak sebelum ia merebak lebih teruk.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas