Connect with us

Oh! Media

“Itenari Tiket Tak Sah” – Pengarah Urusan Dipenjara 10 Tahun Tipu Rombongan Umrah

Oh! Tidak

“Itenari Tiket Tak Sah” – Pengarah Urusan Dipenjara 10 Tahun Tipu Rombongan Umrah

Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang pengarah urusan sebuah syarikat selepas didapati bersalah menipu 202 orang rombongan umrah pada tahun 2015 hingga 2016, di mana melibatkan kos kerugian sebanyak RM434,250.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh Misbahalmunir Omar diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sebutan dan hukuman sebat dikecualikan.

Tertuduh yang ketika itu merupakan Pengarah Urusan Syarikat Raudhah Mawaddah Travel & Tours Sdn Bhd dengan curang didakwa menipu Perunding dan Mutawwif Umrah, Amzari Halim.

Pada 2015, Amzari Halim bertindak mengutip wang daripada 202 peserta bernilai RM2,000 sehingga RM36,600 untuk tujuan umrah dan perjalanan ke Mesir.

Tertuduh tidak memberitahu Amzari bahawa syarikatnya sudah gulung tikar dan transaksi wang telah dilakukan membabitkan akaun ahli keluarga, pekerja dan syarikat yang ditubuhkan dengan nama keluarga tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kesalahan membabitkan 56 transaksi selama 23 hari di beberapa lokasi iaitu Kedah, Johor dan Selangor bermula 2 November 2015 sehingga 28 Januari 2016.

Pada 30 Januari 2016, Amzari membuat laporan polis mendakwa tertuduh telah menipu semua peserta rombongan dengan menghantar itenari tiket penerbangan tidak sah dan tidak wujud.

Dilaporkan, rombongan umrah berkenaan terdiri daripada pelajar tahfiz dan warga emas. Dua daripadanya sudah meninggal dunia.

Terdahulu, Siti Salwa yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Tambahnya tertuduh mempunyai tanggungan iaitu lima anak termasuk penghidap autisme.

Mahkamah membenarkan penangguhan itu dan menaikkan jaminan kepada RM88,000. Pasportnya juga perlu diserahkan ke mahkamah sehingga selesai rayuan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas