Connect with us

Oh! Media

Isteri Curang Beri Alasan Suami Terlalu Sibuk, Mengaku Terlanjur Lagi Di Tahun Baru

Oh! Tidak

Isteri Curang Beri Alasan Suami Terlalu Sibuk, Mengaku Terlanjur Lagi Di Tahun Baru

Di Facebook, seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra berkongsi kisah di mana seorang suami terpaksa melafazkan taklik talak 3 kepada isteri selepas isterinya mengaku curang.

ADVERTISEMENT

Lebih menyedihkan apabila isteri berkata sudah dua kali terlanjur dengan kekasihnya yang merupakan seorang penjawat awam sejak awal tahun 2021.

BACA: Patah Balik Rumah Sebab Tertinggal Barang, Kantoi Isteri Curang Dengan Lelaki Lain

Jelas peguam itu, rentetan daripada perintah kawalan pergerakan (PKP), perbuatan si isteri mula terbongkar bermula daripada pesanan mesej sehinggalah kepada gambar dan video.

Apabila ditanya sejauh mana serius hubungan dengan lelaki berstatus bujang tersebut, isteri tenang menjawab, “Sudah dua kali terlanjur sebelum ni.”

Bila ditanya sekarang nak apa, kita nak berpisah bawa hala tujuan masing-masing atau perbaiki kelemahan masing-masing, isteri membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya berusia bawah 11 tahun.

Kenapa buat macam ni?Isteri beri alasan suami terlalu sibuk, takda masa dengar luahan dan cuba faham keadaan isteri.

Bersaksikan anak-anak, si suami melafazkan taklik talak 3 pada penghujung Disember 2021 selepas berjaya menangkap isteri keluar dengan lelaki tersebut di Port Dickson.

Mendengarkan lafaz tersebut, si isteri hanya menunduk tanda faham dan menjawab ‘okay’.

Semalam, 02/1/2022, isteri hantar teks mesej melalui WhatsApp “Abang, saya minta maaf. Saya bukan isteri awak lagi. Saya dan dia sudah terlanjur 1/1/2022 haritu. Kita uruskanlah apa yang patut.”

Walau bagaimanapun, si isteri sekali lagi mengaku terlanjur pada tahun baru iaitu 1 Januari 2022. Si isteri mahu menguruskan apa yang patut memandangkan mereka bukan lagi suami isteri berdasarkan lafaz taklik suami.

Menurut peguam ini, si suami sendiri sudah tiada perasaan kecewa atau sedih mendengarkan hal itu. Selama ini, dia berusaha untuk mempertahankan hubungan demi anak-anak sahaja.

“Saya dah takda perasaan kecewa atau sedih sebenarnya..sebab since first time dia bagitau dia dah terlanjur, saya tahu dia akan buat lagi. I’m well prepared. Saya tak nak anak-anak hilang ibu sahaja selama ni sebab tu saya stay.”

Jelas peguam ini lagi, bagi kes melibatkan taklik atau lafaz talak di luar mahkamah, pasangan perlu menjalani pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah.

Bagi kes yang dikongsikan tersebut, si isteri sudah mengaku berzina dengan lelaki lain menyebabkan jatuh talak. Siasatan penuh akan dibuat di hadapan Qodhie untuk direkodkan keesahan jatuhnya talak atau sebaliknya.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Nur Fatihah Azzahra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas