Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Punca Kenapa Elon Musk Terpaksa Jual Rumah Terakhirnya

elon musk

Trending

Ini Rupanya Punca Kenapa Elon Musk Terpaksa Jual Rumah Terakhirnya

Jika kita lihat siapa individu kedua paling kaya di dunia pasti akan terlintas di fikiran nama Elon Musk yang merupakan pemilik kepada Tesla dan SpaceX. Tapi korang tahu tak yang Elon Musk bercadang untuk menjual semua hartanya termasuk rumah terakhirnya. Nak jadi gelandangan ke lepas ni?

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Business Insider, keputusan itu dibuat Elon demi untuk membiayai misi ke Marikh. Disebabkan itu, hartanah miliknya yang berkeluasan 47 ekar di Hillsborough, San Francisco telah dijual pada 2 Disember lalu dengan harga $30 juta (RM126 juta).

Elon membeli rumah itu dengan harga USD$ 23 juta pada tahun 2017 dan beliau turut menjual kediamannya yang lain sejak Mei lalu. Setakat ini Elon telah menjual hampir separuh aset hartanah miliknya termasuk tiga rumah di kejiranan Bel-Air, Los Angeles dan sebuah ladang yang sebelum ini dibeli dari pelakon Gene Wilder.

Akan hantar 1 juta orang ke Marikh

Berdasarkan laporan sebelum ini, selain dari membina sebuah roket melalui projek di SpaceX, Elon turut meletakkan target baharu. Elon bercadang untuk membina koloni di Marikh dengan menempatkan 1 juta orang bumi di Marikh menjelang tahun 2050.

Ia akan memakan banyak sumber untuk membina sebuah bandar di Marikh. Saya mahu menyumbang sebanyak mungkin bagi membina sebuah bandar di Marikh. – Kata Elon.

Elon Musk duduk mana sekarang?

Berdasarkan sumber, Elon kini tinggal di rumah sewa bersama keluarganya. Rumah sewa itu turut tidak mewah dan amat minimalis. Ini selepas Elon selalu mengatakan dia kini tinggal di sebuah rumah sewa kecil di Boca Chica, Texas berhampiran tapak pembangunan SpaceX.

Kredit: Business Insider

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas