Oh! Tidak

Ibu Kantoi Mengumpat Anak Kandung Sendiri, Siap Ejek Gara-Gara Banyak Puji Keluarga Mentua

Published on

‘Syurga di telapak kaki ibu’, begitulah betapa tingginya darjat seorang ibu dan anak wajib menghormati mereka.

Seorang anak akan menjadi derhaka dan berdosa jika melukakan hati ibunya dengan sengaja atau tidak sengaja.

Ada juga situasi di mana seorang anak sudah berusaha sebaik mungkin untuk patuh namun ibu toksik membuatkan si anak ‘jauh hati’.

Seperti perkongsian viral di TikTok ini, seorang wanita dari Indonesia meluahkan rasa sedih mendapat tahu dia menjadi bahan umpatan ibu dan adik kandung sendiri.

Difahamkan, si ibu meluahkan rasa tak puas hati apabila dia banyak memuji keluarga mentua. Si ibu berkata, perkahwinannya baru setahun jagung jadi semuanya indah belaka.

Si ibu juga mentertawakan anaknya yang sanggup berkongsi perangai buruk bangun lambat di rumah mentua kepada umum. Katanya, perbuatan itu hanya memalukan diri sendiri je.

Untuk menjaga kesihatan mental, wanita ini mengambil keputusan menjauh dengan cara ‘block’ nombor telefon ibu dan adiknya.

BACA: Cikgu Kantoi Kutuk Murid OKU, Tersalah Hantar Mesej Dalam Group Kelas

Kredit: TikTok IniMimaaa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version