Connect with us

Oh! Media

Ibu Kandung Dan Ayah Tiri Didakwa

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Oh! Tidak

Ibu Kandung Dan Ayah Tiri Didakwa

Di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, seorang bapa tiri dan ibu kandung didakwa atas pertuduhan membunuh anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun pada 17 Ogos lalu.

Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, seorang pengawal keselamatan dan isterinya Norfazira Radzi, 30, penjual aiskrim, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

IKLAN

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize di pangsapuri Sandalwood Court, Bandar Tasik Puteri, Rawang, antara jam 11.51 pagi hingga 3.51 petang pada 17 Ogos lalu.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta tidak kurang 12 sebatan menanti mereka.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Izairah Zainal, mengendalikan prosiding kes, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Nor Izairah juga memohon tarikh sebutan baharu untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 16 Oktober dan tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

Di luar mahkamah, beberapa individu dipercayai ahli keluarga bapa kandung mangsa melaungkan takbir dan berteriak.

Apa kau buat dekat anak buah kami…pembunuh, kami mahu keadilan.- Jerit mereka.

Sebelum ini media melaporkan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut dipukul menggunakan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju, dan senjata tumpul sehingga meninggal dunia.

Mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh. Pemeriksaan awal menunjukkan kesan kecederaan di muka, bibir, paha, dagu, dan lutut.

Susulan itu, polis menahan bapa tiri dan ibu kandung mangsa di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas