Connect with us

Oh! Media

Ibu Hamil Trauma, Kepala Bayi Terpenggal Dan Ditinggal Dalam Rahim

kepala bayi

Trending

Ibu Hamil Trauma, Kepala Bayi Terpenggal Dan Ditinggal Dalam Rahim

Melahirkan anak adalah satu perjuangan besar yang dilakukan oleh seorang insan bergelar ibu. Namun, detik ini berubah menjadi ‘trauma’ bagi seorang wanita di Pakistan kerana kepala bayinya secara tak sengaja dipenggal oleh salah seorang kakitangan di pusat perubatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar IPT Ditahan, Disyaki Buang Bayi Yang Dibalut Dengan Beg Plastik Hitam

Memetik laporan Kosmo, kejadian ini berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Pakistan.

Pesakit dalam keadaan kritikal

kepala bayi

Menurut ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, seorang kakitangan di pusat perubatan terpenggal kepala bayi di dalam rahim wanita tersebut dan tidak mengeluarkannya.

Wanita berusia 32 tahun itu pada awalnya telah pergi ke sebuah pusat perubatan pedalaman (RHC) di kawasan tempat tinggalnya.

Namun, disebabkan tiada doktor sakit puan, kakitangan  tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma.

Kejadian tersebut telah membuatkan pesakit berdepan dengan situasi kritikal dan dia dikejarkan ke sebuah hospital di bandar Mithi tetapi tak ada kemudahan untuk merawatnya.

Wanita ini dibawa pula ke LUMHS dan mayat bayi di dalam rahimnya berjaya dibawa keluar. Proses ini telah menyelamatkan nyawanya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr. Juman Bahoto telah mengarahkan kakitangannya menjalankan siasatan bagi kes tersebut dan mengenal pasti kejadian sebenar semasa ketiadaan pakar ginekologi dan kakitangan wanita di pusat perubatan terbabit.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas