Connect with us

Oh! Media

Hilang Deria Bau Bukan Gejala Omicron, Ini Dua Perkara Yang Anda Kena Tahu!

deria bau

Trending

Hilang Deria Bau Bukan Gejala Omicron, Ini Dua Perkara Yang Anda Kena Tahu!

Kalau korang nak tahu, varian Omicron virus Covid-19 tidak memberi gejala yang sama dengan varian Delta. Seperti contoh, Omicron tidak menyebabkan seseorang itu hilang deria bau.

ADVERTISEMENT

BACA: Omicron Bukan ‘Konspirasi’ Kerajaan Untuk Elak Rakyat Sambut Hari Raya – KJ

Menerusi laporan Awani, Dr Masita Arip, Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) perbezaan ketara varian Omicron dan varian Delta adalah tidak hilang deria bau.

Omicron tak sebabkan demam suhu tinggi

deria bau

Varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu yang tinggi sebagaimana pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama yang dibawa oleh varian Omicron adalah sakit kepala dan loya.

Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan segera.

Dr Masita juga mengatakan gejala yang dialami oleh seseorang yang terkena jangkitan varian Omicron adalah lebih singkat, iaitu kurang dari lima hari berbanding varian Delta.

Rakyat Malaysia perlu berwaspada dan bertanggungjawab untuk mengelakkan penularan Covid-19. Jika mengalami sebarang gejala, pastikan membuat ujian kendiri Covid-19 dan kuarantin di rumah. Kalau ada yang masih belum mengambil dos penggalak, segeralah ambil untuk tambah imuniti badan.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas