Di TikTok, seorang peniaga nasi lemak tampil mempertahankan diri selepas menerima aduan daripada pelanggan.
Difahamkan, aduan tersebut ditulis pelanggan di Facebook Penduduk Gombak/Selangor menyatakan nasi lemak yang dibelinya dibungkus secara tak senonoh.
IKLAN
“Nasi lemak paling tak senonoh, RM15 tapi..”
Pelanggan tidak berpuas hati dengan harga nasi lemak mencecah RM15 tetapi dibungkus hanya menggunakan plastik.
Peniaga menjelaskan pembeli merupakan seorang wanita yang menaiki kereta mahal berwarna putih. Pembeli rupa-rupanya membeli dua bungkus nasi lemak iaitu nasi lemak daging goreng dan nasi lemak ayam goreng.
Penjelasan peniaga
Kata peniaga, pembeli juga meminta daging lebih membuatkan caj sebenar adalah RM16.50. Tetapi, penjual memberi diskaun RM1.50 menjadikan makanan dijual dengan harga RM15.
Nasi lauk daging RM8. Lepastu saya yakin, sy dengar dan isteri saya pun dengar, dia tak sebut nasi lebih tapi dia sebut daging lebih. Jadi daging lebih saya ambil RM2. Nasi dia yang kedua ialah nasi lauk ayam, nasi saya RM3, ayam RM3.50.
Mengenai bungkusan pula, peniaga mengaku mahu menjimatkan kos memandangkan dia hanya peniaga tepi jalan. Malah, bungkusan jenis itu digunakan oleh ramai peniaga yang lain.
Nak ‘refund’ duit pembeli
Peniaga ini memohon pembeli berkenaan menghubunginya untuk ‘refund’ semula RM15 harga makanan yang dibeli.
Kata lelaki ini, dia menghalalkan nasi lemak berkenaan dan mahu memberi gantirugi kerana tidak mahu sangkut di akhirat kelak.
#OhmediaNasihat
Dalam setiap rezeki yang kita terima, pasti ada ujian. Sebagai pembeli, kita perlu menilai sesuatu situasi dengan adil sebelum membuat sebarang tuduhan. Manakala sebagai peniaga, sikap jujur seperti peniaga ini patut dicontohi. Ingatlah, setiap tindakan kita akan dihisab kelak!
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.