Connect with us

Oh! Media

diy

Oh! Tidak

Gigih DIY Guna Straw Dan Kertas Warna, Ibu Kecewa Anak Tak Menang Pertandingan Baju Merdeka

Di TikTok, seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila pengorbanannya bersengkang mata menghasilkan baju anak seolah-olah tidak bermakna.

BACA: “Auni Bangga Dengan Ayah” – Bapa Terharu Anak Pakai Baju Kerja Join Hari Kanak-Kanak Sekolah

IKLAN

Difahamkan, wanita itu menjahit sendiri baju dan DIY mengikut kreativiti menggunakan kertas warna dan penyedut minuman.

diy baju

Dua anak perempuannya dipakaikan pakaian itu termasuk turut disolek cantik, tetapi sayangnya anak-anak hanya mendapat tempat ketiga dan keenam.

baju merdeka

Kata si ibu, dia memahami menang dan kalah adalah adat pertandingan tetapi dia meletakkan ‘effort’ yang tinggi apabila DIY sendiri baju.

baju
merdeka

Dalam video penjelasan lain, si ibu berkata niatnya hanya ingin berkongsi pengalaman menghasilkan baju merdeka anak tahun ini.

Katanya, dia telah mencuba sebaik mungkin tetapi pemenang pertama adalah pelajar yang memakai pakaian tradisional.

Dia sendiri tak menyangka perkongsian tular sehingga dikritik orang ramai. Dia bagaimanapun memohon maaf jika ada yang tidak senang dengan luahannya itu.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas