Connect with us

Oh! Media

Gambar Puluhan Kampit Beras Dan Tin Sardin Dibakar Didakwa Dilakukan Ahli Politik Tewas PRU15

hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Oh! Tidak

Gambar Puluhan Kampit Beras Dan Tin Sardin Dibakar Didakwa Dilakukan Ahli Politik Tewas PRU15

Memetik Harian Metro, puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dilaporkan telah dibuang dan dibakar di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, petang semalam.

Foto keadaan barang-barang makanan itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan TikTok setelah ia dirakam oleh pengguna jalan raya berkenaan.

img 9449
img 9450

Berikutan itu, foto tersebut telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen dan mencetuskan pelbagai spekulasi dan komen negatif.

IKLAN

Menurut sumber dan komen-komen warga maya, beras dan beberapa makanan dalam tin itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak akibat disimpan terlalu lama.

Ada juga yang mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum yang ke-25 tempoh hari.

Namun, sehingga setakat ini, masih belum ada pihak yang tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas