Connect with us

Oh! Media

Gambar Ejen Kosmetik Dijadikan Bahan Jenaka, Caprice Tegur Netizen

Oh! Tidak

Gambar Ejen Kosmetik Dijadikan Bahan Jenaka, Caprice Tegur Netizen

Kecoh semalam apabila gambar ejen kosmetik yang diculik dijadikan sebagai bahan jenaka oleh segelintir warganet yang membandingkan wajah sebelum dan selepas mangsa ditemui.

ADVERTISEMENT

BACA: “Amik Iktibor La Blake Hok Brahi Pakai Filter”- Gambar Sebenar Ejen Kosmetik Didedahkan Buat Ramai Terkejut

Geram dengan tindakan orang ramai itu, penyanyi rap sensasi, Caprice tampil membuat video menegur segelintir netizen yang mempersendakan perkara itu.

Menerusi video tersebut, Caprice meluahkan rasa syukurnya selepas ejen kosmetik berkenaan kini telah kembali ke pangkuan keluarga.

Dalam pada itu, Caprice turut menegur tindakan netizen yang melakukan ‘face shaming’ terhadap ejen kosmetik tersebut.

Alhamdulillah, mangsa yang kena culik diselamatkan dan kembali ke Malaysia. Walaubagaimanapun, kita punya netizen sometimes got no chill sampai tahap face shaming.

First of all Malaysia, nama pun ejen kosmetik, dia jual barang kosmetik. Kosmetik itu apa, kecantikan. Kau rasa semua dekat TikTok tu yang pakai mekap, filter, semua ori?

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kata-kata Caprice dan mengecam tindakan segelintir warganet yang mempersendakan wajah ejen kosmetik berkenaan.

Betul sangat apa yang Caprice cakap tu, segelintir netizen yang bersikap macam tu seakan-akan tak sensitif dengan situasi yang menimpa ejen kosmetik tersebut.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas