Connect with us

Oh! Media

Fazura Fail Cerai, Peminat Serang Instagram Fattah Amin Tuntut Penjelasan

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Tidak

Fazura Fail Cerai, Peminat Serang Instagram Fattah Amin Tuntut Penjelasan

Pelakon terkenal Fazura dilaporkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Berita ini mengejutkan ramai, terutamanya peminat setia mereka yang telah mengikuti perjalanan cinta pasangan ini sejak sekian lama.

Sejurus berita tersebar, peminat mula membanjiri akaun Instagram Fattah Amin dengan komen bertanya punca penceraian tersebut. Ada yang meluahkan rasa kecewa, mempersoalkan tindakan Fattah yang didakwa gagal menjaga perasaan isterinya.

IKLAN

Kenapa Fazura fail cerai? Apa yang berlaku sebenarnya?- Tanya salah seorang peminat yang keliru dengan perkembangan terbaru ini.

Img 5451
Img 5450

Sumber menyatakan bahawa butiran mengenai penceraian ini masih belum didedahkan, menyebabkan spekulasi terus berkembang di media sosial.

Sebelum ini, pasangan yang sama-sama membintangi drama Hero Seorang Cinderella itu menjadi perhatian apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di akaun media sosial masing-masing.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas