Connect with us

Oh! Media

Pemberian Telefon Kualiti Rendah Untuk Elak Pelajar Main Game?

Oh! Tidak

Pemberian Telefon Kualiti Rendah Untuk Elak Pelajar Main Game?

Kerajaan Perak baru-baru ini telah mengedarkan sebanyak 20,000 telefon pintar untuk pelajar sekolah dari keluarga B40 bagi memudahkan mereka menyertai program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS).

ADVERTISEMENT

Akan tetapi, spesifikasi telefon pintar yang diberikan dipertikai kerana ia terlalu rendah dan menggunakan teknologi lama.

Berdasarkan pemeriksaan kami, pihak kerajaan negeri telah mengedarkan model Yes Altitude 3 dengan nombor model M685Y4. Berikut adalah spesifikasi telefon tersebut:

  • Paparan LCD 5″ 480p
  • CPU MediaTek MT6739WA
  • RAM 1GB
  • Storan 8GB
  • OS Android 10 Go
  • Kamera belakang 8MP
  • Kamera depan 2MP
  • Bateri 2,000mAh

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud menegaskan perkara ini dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan untuk bermain permainan video.

Suka untuk saya maklumkan bahawa selepas menelusuri kajian penggunaan peranti sebelum ini, maka ia disediakan hanya khusus untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) termasuk melalui aplikasi pembelajaran dinamakan ‘Frog Play’.

Iaitu aplikasi yang mengandungi pelbagai kuiz ulang kaji untuk semua mata pelajaran teras yang diajar di sekolah daripada Tahun Satu sehingga Tingkatan Enam yang dapat diakses 24 jam sehari.

Tetapi sekiranya pelajar merungut telefon diberikan ini perlahan atau kualitinya tidak baik, saya percaya mungkin pelajar menggunakannya untuk bermain game dalam talian dan sebagainya memandangkan prestasi peranti ini sememangnya akan terjejas jika dipasang dengan aplikasi berat seperti ‘game’. – Katanya.

Tapi jika dilihat dari CPU yang digunakan, ia adalah model yang agak lama di mana MediaTek MT6739 dilancarkan dalam bulan September 2017. Rasanya, dengan RAM 1GB pasti susah juga untuk disesuaikan dengan pembelajaran.

Apapun untuk mereka yang telah menerima telefon pintar ini, mungkin boleh kongsikan apa pendapat korang dan adakah ia membantu untuk penggunaan pembelajaran?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top