Oh! Tidak

Empat Beradik Termasuk Bayi Dihalau Dari Rumah, Ditinggalkan Di Pondok Pengawal

Published on

Tergamaknya! Empat beradik ditinggal sehelai sepinggang di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah Perak.

BACA: “Ayah Baru Letak Syarat” – Bapa Tiri Hanya Mahu Ibu, Remaja Bawa Diri Ke Rumah Kebajikan

Memetik laporan Kosmo!, adik beradik berusia 11 tahun, 6 tahun, 3 tahun serta bayi 10 bulan itu dihalau dari rumah oleh nenek dan dihantar ke pondok pengawal itu kira-kira 10.50 pagi Khamis.

Foto: Kosmo!

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah membuat laporan polis memberitahu kehadiran empat beradik itu disedari pak guard selepas mereka ditinggalkan seorang wanita yang memandu kereta jenis Toyota.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, hasil pertanyaan awal kanak-kanak berusia 11 tahun itu dia menyatakan mereka dihalau dari rumah oleh nenek. Mereka kemudian dihantar ke kompleks itu dengan kereta oleh wanita tidak dikenali.

Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang.

Kini, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapa atau waris empat beradik berkenaan. Mereka juga telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke Rumah Perlindungan Gopeng.

Kenyataan penuh polis:

Kredit: Kosmo! | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version