Connect with us

Oh! Media

“Dulu Suka Bau Je” – Gadis Ketagih Makan Sabun Buat Netizen Risau

Trending

“Dulu Suka Bau Je” – Gadis Ketagih Makan Sabun Buat Netizen Risau

Korang mesti ada makanan dan minuman kegemaran kan? Lazimnya, orang akan memilih makanan seperti nasi goreng, nasi lemak, ayam masak kicap sebagai makanan kegemaran.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Ini Menangis ‘Trauma’, Ingatkan Kunyah Daging Tapi Rupanya Tali Mop!

Tapi, lain pula dengan seorang gadis ini apabila dia menyatakan bahawa dirinya ketagih untuk makan sabun basuh baju. Biar betik??

@zakiraaa.4

♬ suara asli – Elvis Trajabitu – Yuyushop1718

Menerusi video dimuatnaik gadis bernama Zakira itu, dia memohon agar orang ramai untuk memberikan tips bagaimana untuk berhenti daripada terus memakan sabun.

Dulu suka bau, sekarang jadi ketagih untuk makan

Dalam pada itu, menerusi satu lagi video lain, Zakira menjelaskan bahawa pada awalnya dia hanya suka akan bau sabun basuh baju sehinggakan sanggup untuk duduk di tepi mesin basuh untuk menghidu sabun basuh berkenaan.

@zakiraaa.4

Please la jangan kecam i , i try untuk berhenti 🙏🏻

♬ original sound – 🦋

Lama kelamaan, ketagihannya menghidu bau sabun itu mendorong dirinya untuk mencuba sehingga membuatkan dirinya ketagih untuk memakan sabun basuh itu sehingga ke hari ini.

Netizen sarankan jumpa doktor

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar gadis ini pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada pakar berhubung ketagihannya itu.

Macam-macam ragam ya orang kita ni? Korang macam mana? Apa pula makanan pelik yang korang suka makan?

Kredit: TikTok zakiraaa.4

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas