Oh! Tidak
Dua Remaja 13 Tahun Didakwa Jadi Mangsa Kelakuan Tak Senonoh Enam Pelajar Lelaki Dalam Asrama
Dua remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan oleh enam pelajar lelaki di sebuah bilik asrama sekolah.
Selain itu, kumpulan pelajar tersebut juga didakwa merakam insiden itu dan mengugut untuk menyebarkan video tersebut.
Kejadian yang berlaku di Kanchanaburi, Thailand ini viral di sana dan bapa kepada salah seorang mangsa telah membuat laporan polis dan mendedahkan kejadian ini kepada sebuah organisasi bukan berorientasikan keuntungan.
Beliau menyatakan bahawa anaknya diperdaya untuk bertemu dengan pelajar-pelajar tersebut di asrama sekolah.
Namun, seorang jurulatih sekolah mendakwa rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua remaja perempuan itu memasuki asrama lelaki tanpa sebarang paksaan.
Kes ini kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Thailand. Tengoklah ni, bukan hanya di Malaysia, boleh dikatakan masalah pergaulan bebas remaja zaman kini berlaku di seluruh dunia. Di mana silapnya?
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM