Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Terkurung Dalam Ruang Mesin ATM, Pintu Tertutup Tiba-Tiba

Oh! Tidak

Dua Lelaki Terkurung Dalam Ruang Mesin ATM, Pintu Tertutup Tiba-Tiba

Dua lelaki berhasrat untuk mengeluarkan duit di sebuah bank di Keningau tak menyangka yang mereka akan terperangkap di ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA : Pendaki Wanita Cedera, Bomba Guna Helikopter Untuk Bawanya Turun

Menurut laporan Harian Metro, kedua-dua mangsa yang berusia 30-an terperangkap pada jam 2 pagi sebelum membuat panggilan kecemasan dan perkara ini dikatakan sendiri Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Pintu terkunci tiba-tiba

Sewaktu mereka berurusan di ruangan mesin ATM berkenaan, pintu bank tiba-tiba terkunci secara automatik dan memaksa mereka untuk menghubungi pihak berkuasa.

Siasatan awal mendapati, semua mangsa terperangkap di ruangan mesin ATM terbabit selepas pintu automatik (roller) tertutup sendiri secara tiba-tiba.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian segera membuat ‘size up’ untuk membuka pintu automatik terbabit menggunakan ‘crowbar’.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan. Operasi menyelamat ini tamat pada jam 2.38 pagi. 

Sekiranya korang berada dalam situasi sebegini, jangan panik dan terus membuat panggilan kecemasan untuk tindakan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas