Connect with us

Oh! Media

Doktor Ini Dikecam Selepas Label Kaum Wanita Lebih Banyak Bercakap Berbanding Kaum Lelaki. Betul Ke?

bercakap
doktor dikecam

Oh! Tidak

Doktor Ini Dikecam Selepas Label Kaum Wanita Lebih Banyak Bercakap Berbanding Kaum Lelaki. Betul Ke?

Orang perempuan diciptakan memang akan banyak bercakap berbanding lelaki? Itulah apa yang dikatakan seorang doktor sehingga mendapat kritikan dari netizen terutamanya golongan wanita.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen ‘Back-Up’ Syed Saddiq Selepas Dikecam Tak Beri Tempat Duduk Dekat Orang Perempuan Dalam Tren

Perkara itu menjadi viral di Twitter selepas doktor berkenaan berkongsi pengalamannya bersama seorang pesakit wanita. Pesakit itu mengalami tekanan dan cara yang paling baik untuk hilangkan stress adalah dengan meluahkan apa yang terpendam.

bercakap

Doktor tersebut turut menasihati suami di luar sana untuk sentiasa meminjamkan telinga, mendengar luahan isteri hingga habisnya kouta patah perkataan tersebut. Katanya, orang perempuan memang dilahirkan untuk bercakap dan lelaki pula perlu melengkapi mereka.

Tindakan melabel wanita seperti itu telah mendatangkan rasa tidak puas hati oleh kaum wanita serta menidakkan kajian yang dinyatakan oleh doktor terbabit.

Semak semula fakta yang dikeluarkan

Dalam ciapan lain, seorang wanita ini menyangkal dakwaan doktor terbabit dan berkata kajian yang diperkatakan sama sekali tidak betul dan terpesong. Oleh itu, dia meminta agar semak semula dakwaan terbabit.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi kajian lain yang mengatakan kouta bercakap lelaki dan perempuan adalah sama.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas