Connect with us

Oh! Media

Doktor Didakwa Pergi Tidur Walaupun Air Ketuban Dah Pecah, Ibu Dan Anak Meninggal Dunia

lika santosa isteri bersalin indonesia ohmedia

Oh! Tidak

Doktor Didakwa Pergi Tidur Walaupun Air Ketuban Dah Pecah, Ibu Dan Anak Meninggal Dunia

Tak dapat nak bayangkan perasaan seorang suami yang kehilangan isteri tersayang dan anak yang akan dilahirkan. Kejadian ini berlaku di Murata, Sumatera Selatan, Indonesia di mana isterinya meninggal dunia ketika mahu melahirkan anak.

Punca semua ini berlaku gara-gara kecuaian doktor dan kakitangan sebuah pusat perubatan awam yang ketika itu sepatutnya ada 3 orang bidang yang bertugas untuk kendalikan proses bersalin.

Sebelum ini turut berlaku kejadian yang menyedihkan di mana suami terkejut melihat isteri kaku di samping bayi yang baru 4 hari dilahirkan.

IKLAN

BACA: Suami Terkilan Hanya Dapat 2 Hari Cuti Dan Lihat Isteri Kaku Di Sisi Anak Selepas 4 Hari Bersalin

image 34

Sudah nampak air ketuban pecah tapi tetap diminta menunggu dan sempat tidur…

Memetik laporan media di sana, kes ini menjadi viral kerana bidan-bidan ini dikatakan sempat tidur dan berehat walaupun sudah melihat air ketuban isterinya sudah pecah.

Lika, suami kepada wanita ini kemudian memanggil petugas untuk membantu isterinya tetapi hanya diminta bersabar dan menunggu.

Selepas hampir 4 jam menunggu, wanita ini kemudian dipindahkan ke pusat perubatan lain kerana mengalami komplikasi namun tidak berjaya diselamatkan ketika dalam perjalanan.

image 33

Kejadian ini mendapat perhatian Ketua Muratara, H Devi Suhartoni dan kes ini akan disiasat sepenuhnya.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas