Connect with us

Oh! Media

Ditegur Isi Minyak Dalam Tong. 2 Warga Singapura Cuba Pukul Rider Walaupun Dihalang Polis

Singapura ohmedia

Oh! Tidak

Ditegur Isi Minyak Dalam Tong. 2 Warga Singapura Cuba Pukul Rider Walaupun Dihalang Polis

Gelagat warga Singapura mengisi minyak dalam negara sering diperhatikan rakyat Malaysia terutama mereka yang tinggal di Johor. Mana tidaknya, warga asing sememangnya tidak dibenarkan untuk mengisi minyak subsidi RON95 tetapi ia sering disalah guna oleh mereka.

Terbaru, seorang pengguna TikTok dengan nama @matkibot kogsi satu video menunjukkan seorang penghantar makanan hampir diserang dua orang lelaki dipercayai warga Singapura. Mereka dikatakan tidak berpuas hati selepas ditegur mengisi minyak ke dalam sebuah tong besar.

Warga Singapura itu dilihat tetap ingin menyerang penghantar makanan terbabit walaupun dua orang anggota polis bantuan ada di lokasi.

IKLAN

Tak cukup dengan itu, salah seorang lelaki turut membuka bonet kereta untuk mengambil pengunci stereng dipercayai untuk memukul penghantar makanan berkenaan.

Video itu bagaimanapun telah ditarik semula dan kita masih menantikan laporan penuh dari pihak PDRM.

Kredit: TikTok

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas