Connect with us

Oh! Media

Disko Di Sungai Golok Akan Ditutup 5 Tahun Jika Ada Kes Dadah!

Ohmedia img 3979

Oh! Tidak

Disko Di Sungai Golok Akan Ditutup 5 Tahun Jika Ada Kes Dadah!

Kerajaan Thailand kini mengambil langkah tegas terhadap pusat hiburan atau disko di Sungai Golok, Narathiwat. 

Menurut laporan Kosmo, sekiranya didapati ada pengunjung yang mengambil dadah ketika berhibur, pusat hiburan itu bakal ditutup selama lima tahun!

Kerajaan Thailand perketat undang-undang terhadap disko di Sungai Golok

C3879fb4 9baa 495b 87c3 366980a4a4e2

Tindakan ini diambil untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk tempatan serta pelancong dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Daerah Sungai Golok, Anirut Bua-On.

IKLAN

Bukan tu jer, ianya juga bagi memulihkan imej kawasan itu yang sering dikaitkan dengan aktiviti negatif.

Sekiranya ada pengunjung terlibat dadah, pengusaha pusat hiburan perlu terus melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

Pengusaha disko wajib patuh peraturan

C3152b40 68e6 4133 a7e8 2d9d4f6649b5

Anirut juga menegaskan supaya setiap pusat hiburan hanya boleh beroperasi mengikut lesen yang sah. 

Pemilik pusat hiburan juga dilarang membenarkan persembahan berunsur lucah di premis mereka sekiranya tidak mahu penutupan premis akan dikenakan. 

Langkah ini juga diharapkan dapat mengurangkan kes-kes jenayah yang sering dikaitkan dengan pusat hiburan di kawasan itu.

#OhmediaNasihat

Hiburan adalah hak semua, tetapi pastikan ia dilakukan dengan bertanggungjawab. Langkah tegas seperti ini diambil bukan hanya untuk menjaga imej, tetapi juga untuk keselamatan semua pihak.

Semoga kita semua lebih berhati-hati dalam memilih cara untuk berhibur dan elakkan terlibat dengan aktiviti yang merosakkan diri.

Ohmedia img 3979

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas