Connect with us

Oh! Media

Didakwa Guna Nama TMJ Tukar Wang Asing AS$5 Trilion, Dua Beranak Diburu

Trending

Didakwa Guna Nama TMJ Tukar Wang Asing AS$5 Trilion, Dua Beranak Diburu

Aktiviti penipuan lebih-lebih lagi melibatkan wang ringgit merupakan salah satu jenayah yang menyalahi undang-undang dan mampu dikenakan hukuman berat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sangat Cool Dan Berjiwa Rakyat” – Peniaga Terharu TMJ Support Bisnes Kopi, Rasa Macam Mimpi!

Lebih-lebih lagi jika penipuan itu melibatkan nama orang lain atau orang kenamaan yang lebih berpengaruh. Sudah pasti akan menimbulkan masalah besar kepada pelbagai pihak.

Polis buru dua individu salah guna nama TMJ

Namun, perkara sama turut berlaku apabila dua individu lelaki menjadi buruan polis selepas dipercayai memalsukan dokumen dalam urusan tukaran wang asing antara AS$200 bilion hingga AS$5 trilion.

Hal itu bertambah buruk apabila individu tersebut dikatakan telah menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim dalam aktiviti itu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kedua-dua lelaki warganegara tempatan itu yang merupakan pasangan anak beranak mendakwa pernah berkhidmat di Istana Johor.

Sumber: Kosmo!

Perkara itu dinyatakan semasa sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini selain percaya mereka masih berada dalam negara.

Berhubung kes penipuan membabitkan nama Tunku Mahkota Johor, kita sudah ambil keterangan daripada tiga suspek manakala dua individu lagi masih dicari.

Mereka yang dicari ini adalah M. Paramesvaran, 64, dan anak lelakinya, P. Kuganathan, 34. Alamat terakhir mereka adalah Nombor 16, Persiaran Jelapang 16, Taman Sibilin, Ipoh, Perak.

Ayob Khan berkata, dia meminta pertolongan daripada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai suspek supaya tampil.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi Asisten Superintenden Khairul Saberi Nyan di talian 019-5290024 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Dua ahli perniagaan didakwa guna alamat Istana Kinta

Bagi kes yang berbeza, dua ahli perniagaan telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ipoh atas pertuduhan menggunakan alamat Istana Kinta ketika memohon gantian kad pengenalan diri enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Halmi Warajemini, 55, dan rakannya, Affendy Abdul Aziz, 49, didakwa memberi maklumat palsu pada butir kad pengenalan iaitu menggunakan alamat kediaman diraja Istana Kinta.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Affendy Abdul Aziz dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. (Sumber: Kosmo!)

Menurut Kosmo, kedua-dua mereka didakwa mengikut Subperaturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas