Connect with us

Oh! Media

Diceraikan Selepas 2 Hari Kahwin, Gadis 17 Tahun Tak Faham Kenapa Perlu Dicop Janda

janda

Trending

Diceraikan Selepas 2 Hari Kahwin, Gadis 17 Tahun Tak Faham Kenapa Perlu Dicop Janda

Tak puas hati digelar janda sebab bercerai muda. Itulah apa yang dirasakan oleh seorang gadis berusia 17 tahun yang diceraikan suaminya selepas 2 hari berkahwin.

ADVERTISEMENT

Gadis yang dikenali sebagai Noranah Roni itu berkongsi luahan hatinya di TikTok selepas selalu menerima soalan mengapa dirinya menjadi janda sedangkan masih muda. Dia kemudian menjelaskan jodoh dan maut itu ketentuan Allah.

Tak faham kenapa dilabel janda

Kalau dikatakan janda, sebenarnya bukan juga sebab belum sempat menjalani kehidupan berumahtangga. Dua hari terus saya bercerai, saya pun tak faham kenapa perlu label janda.

@prettypretty4198 Membalas kepada @mazlanmaz68 Alaaa xkn kamu Ndk pcya🥹😂. 05 bh#FlexYourFreestyle #gweichrancak #FilmTeyvatIslands #berandatiktok #xyzbca #fyp ♬ bunyi asal – 🥹06SEPTEMBER ITS MYBIRTHDAY🥹 – ❤️Ana❤️

Berkongsi tentang apakah punca mereka bercerai selepas 2 hari berkahwin, Noranah berkata mereka disatukan pada 6 Jun lalu bukan atas dasar cinta tetapi kerana kehendak keluarga. Hanya kerana tidak mahu mengecewakan ibu bapa, mereka bersetuju.

Sebaik sahaja mereka disatukan, mereka kemudian sebulat suara untuk bercerai kerana kemahuan keluarga yang ingin melihat mereka berkahwin sudahpun tercapai.

Mesti ramai yang rasa macam tak percaya situasi macam ni boleh berlaku kan? Apapun, perkahwinan atau hubungan suami isteri ini bukanlah perkara main-main. Kita doakan sahaja urusan mereka dipermudahkan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas