Connect with us

Oh! Media

“Dia Sorang Je Boleh Niaga” – Kena Serang Dengan Mak Cik Nasi Lemak, Peniaga Ini Bersuara

Trending

“Dia Sorang Je Boleh Niaga” – Kena Serang Dengan Mak Cik Nasi Lemak, Peniaga Ini Bersuara

Di media sosial viral rakaman video menunjukkan seorang makcik menjerit-jerit menyerang peniaga yang didakwa telah mengganggu perniagaan nasi lemaknya.

ADVERTISEMENT

Dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail itu, kedengaran makcik tersebut memberi amaran supaya peniaga yang baru berniaga selama satu bulan itu tidak lagi menjual nasi lemak di situ.

Tidak hanya mendiamkan diri, peniaga yang dikenali sebagai Norli Ana membuka mulut menceritakan apa yang terjadi.

Katanya, episod serang menyerang seperti itu menjadi punca dia malas berniaga. Iyalah, mesti kecewa niat nak cari rezeki tapi tiba-tiba kena serang.

Dakwa wanita ini, makcik yang menyerangnya memberitahu dia tidak boleh berniaga nasi lemak di situ kerana makcik itu sudah bertahun-tahun berniaga di tapak tersebut.

Dia yang pada awalnya cuba bertenang akhirnya hilang sabar tambahan pula ketika itu dia kurang sihat.

Ya Allah rezeki masing-masing Allah bagi punyalah luas. Kenapa nak serang kami? Memang nya bersyarat ke tak boleh niaga nasi lemak? Pasal nasi lemak pon nak bergaduh sampai serang orang ke??

Wanita ini hairan mengapa dia dihalau sedangkan dia mendapat banyak permintaan daripada pelanggan supaya menjual nasi lemak di situ. Pada waktu tengah hari pula pelanggan minta set nasi ayam atau ikan goreng bersama acar buah.

Aduhai macam-macam kes berlaku kat Malaysia ni. Pasal nasi lemak pun boleh bergaduh ye dak? Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Dengarnya, gerai nasi lemak makcik tu pun dah kena tindakan saman daripada penguatkuasa. Betul ke?

Kredit: Facebook TTDI Community via Norli Ana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas