Connect with us

Oh! Media

Cuba Tembak Polis Selepas Ditahan, Lelaki Maut Dengan Tembakan Balas

ohmedia polis

Trending

Cuba Tembak Polis Selepas Ditahan, Lelaki Maut Dengan Tembakan Balas

Semalam terdapat satu kejadian dimana dua orang lelaki mati ditembak polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan jenayah.

BACA : Lelaki Bawa Warga Asing Lari SJR, Polis Terpaksa Lepas Tembakan

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku di Jalan Kuala Berang, Kuala Terengganu selepas sepasukan polis yang membuat rondaan terserempak dengan sebuah kereta Honda Civic yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

IKLAN

Pemandu tersebut tidak mahu memberhentikan kenderaan selepas ditegur pihak polis dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan.

Walaubagaimanapun, kereta itu berjaya dihalang kereta peronda polis di persimpangan Kampung Tokku kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Kemudian, salah seorang daripada suspek telah cuba untuk menembak anggota polis sebelum polis membalas tembakan.

Seorang lagi suspek yang cuba melarikan diri kemudiannya juga ditembak ketika ingin memasuki sebuah rumah kosong. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas