Oh! Tidak

Cikgu Hina Murid OKU Rupanya Ada Juga Seorang Anak Istimewa

Published on

Sebelum ini, tular perkongsian luahan sedih seorang ibu apabila anak kurang upaya (OKU) kena kutuk dengan cikgu sendiri.

Difahamkan, cikgu kepada anak OKUnya mengumpat bersama rakan sekerja lain dan tersilap hantar beberapa mesej ke dalam group Whatsapp sebelum sempat dipadam.

BACA: Cikgu Kantoi Kutuk Murid OKU, Tersalah Hantar Mesej Dalam Group Kelas

Terbaharu, bapa kepada anak kurang upaya (OKU) itu, Encik Mohd Afezan sempat simpan beberapa bukti mesej tersebut.

Tambahan, Encik Mohd Afezan turut mengadukan perbuatan cikgu berkenaan di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), malah pihak sekolah juga melaporkan isu ini di balai polis Tuaran, Sabah.

Story of my son. Lahir pramatang 2.4kg. 7 hari ditempatkan di Neonatal ICU. Liver surgey di usia 3 bulan. Didiagnosis autistic di usia 3 tahun. Jadi pemegang kad OKU di usia 5 tahun. Didiagnosis ADHD pada usia 6 tahun.

@fezanray

Storry of my son. Born premature. 2.4kg. No breathing have to put oxygen mask. High bilirubin. Transfer from Hospital Kudat to Hospital Pakar Likas, two hours after birth. place 7 days in Neonatal ICU. Liver surgery at age 3 months. Diagnosed Autistic Spectrum Disorder at age 3. Received OKU card at age 5. Diagnosed ADHD at age 6. #son #autism #autistic #baby #boy #fyp #surgery #biliaryatresia #premature

♬ Jangan Cemburu – 2 Putri Bahar

Siasatan dapati cikgu berkenaan sudah memadamkan akaun Facebooknya dan sehingga kini dia masih belum memberi sebarang klarifikasi.

Apa yang mengejutkan, cikgu PPKI terbabit turut mempunyai seorang anak istimewa.

Meninjau di ruangan komen, warganet meluahkan rasa kecewa kepada cikgu berkenaan kerana sepatutnya dia lebih memahami kanak-kanak istimewa, sebaliknya mempunyai tanggapan buruk sebegitu.

Kredit: TikTok Fezan Ray

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7320540831767661831?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Exit mobile version