Connect with us

Oh! Media

“Nak Terus Gali Salah Silap Dan Aib Lama Saya, Silakan” – Cikgu Fadli Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Diugut Caprice

Trending

“Nak Terus Gali Salah Silap Dan Aib Lama Saya, Silakan” – Cikgu Fadli Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Diugut Caprice

Caprice dilaporkan cuba mendedahkan rahsia seorang individu yang dikatakan mempunyai ‘dark secret’ membabitkan topik pendidikan Malaysia. Namun, hantaran yang dibuat menerusi Instagram storynya itu dipercayai telah dipadam tak lama kemudian.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pls Dont Make Me Do This” – Nak Dedah Satu Lagi ‘Dark Secret’, Netizen Muak Dengan Caprice

Perkara itu mendapat perhatian warganet yang tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan Caprice itu?

Ternyata hantaran di Instagram story Caprice itu ditujukan kepada Cikgu Fadli yang didakwa pernah memuat naik beberapa hantaran tidak sesuai di media sosial sebelum ini.

Cikgu Fadli tampil jelaskan perkara sebenar

Tidak berdiam diri, Cikgu Fadli tampil memuat naik satu hantaran di Facebooknya menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut guru SK Gombak 1 itu, dia mengakui kesilapan yang dibuatnya sekitar tahun 2018 yang lalu menerusi beberapa hantaran yang tidak sesuai di Facebooknya. Namun, difahamkan hantaran itu disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Selain itu, Cikgu Fadli juga mengakui dia juga ada memuat naik beberapa hantaran lain yang menyentuh perkara yang tidak sesuai dibuat sebagai seorang guru seperti mempromosikan rokok elektronik dan pandangan mengenai antivaksin.

Menjelaskan perkara yang sebenar, Cikgu Fadli mengakui segala kesilapannya dan meminta agar semua pihak untuk kembali kepada isu yang cuba diperjuangkannya iaitu mengenai isu pendidikan negara.

Saya juga manusia yang ada salah dan silap. Semua di atas adalah kesalahan saya. Silap saya. Saya akui dan saya bertanggungjawab. Kalian nak serang, nak marah, nak benci, nak tegur, silakan. Itu hak kalian. Saya layak ditegur, dimarah atas salah silap saya.

Cuma, tolong kembali kepada isu sebenar. Isu yang tular. Isu yang hangat. Isu sebenarnya ada kerosakan dalam KPM yang boleh memberi impak pada anak-anak kita.

Cikgu Fadli pun dah jelaskan semuanya, harap semua jelas dan faham. Sepatutnya kita fokuskan pada isu yang sebenar bukan cuba menjadi batu api mengorek semula apa kesalahan lalu yang pernah orang buat. Betul tak?

Perkongsian penuh

Kredit: Facebook Cikgu Fadli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas