Connect with us

Oh! Media

Budak BBNU Buat Hal Di Retro Havoc Punca Bumper Jatuh Dan Spoiler Kereta Patah

Retro Havoc

Oh! Tidak

Budak BBNU Buat Hal Di Retro Havoc Punca Bumper Jatuh Dan Spoiler Kereta Patah

Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara Retro Havoc mengumpulkan para peminat untuk melihat kira-kira 1,000 kereta klasik serta 50 motosikal dipamerkan kepada umum.

Acara yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara Sabtu lalu menyaksikan lebih 70,000 ribu pengunjung yang hadir, fuh meriah!

Namun, difahamkan acara itu dicemari pengunjung yang melanggar peraturan apabila sesuka hati menyentuh kereta.

IKLAN
Retro Havoc

Siap ada yang duduk ‘bertenggek’ semata-mata untuk mengambil gambar bersama kereta itu. Tak cukup di situ, anak-anak muda yang hadir berlari-lari untuk merakam deruan ekzos daripada kenderaan yang ada di situ.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Facebook Yazid Ajied, dia menyaksikan sendiri perkara-perkara tak diingini itu berlaku. Aduh spoil!

Di TikTok, pemilik kenderaan sendiri mengeluh apabila kereta yang dipamerkan tercalar dan cermin sisi patah. Walaupun amaran telah diberi, pengunjung dikatakan langsung tak mengendahkannya.

Korang nilailah sendiri!

Kredit: Facebook Yazid Ajied

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas