Kali ni lebih parah sebab dalam video yang tersebar dekat TikTok tu, terlihat sekumpulan wanita dengan berpakaian seksi nampak perut dan pinggang bergelek di hadapan kedai ‘Buy & Save’.
Difahamkan, tarian yang dilakukan itu adalah trend ‘ki dance re vhai’ dan merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen persoalkan bagaimana acara seperti itu dapat kelulusan untuk dilakukan di tempat umum.
DBKL sita premis Buy & Save…
Bagaimanapun, pihak DBKL dilihat telah menyita dan mengarahkan premis berkenaan untuk tutup selepas video tarian ini tersebar.