Connect with us

Oh! Media

Budak Perempuan 6 Tahun Maut Tersepit Meja Lipat Ketika Bermain Seorang Diri!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Tidak

Budak Perempuan 6 Tahun Maut Tersepit Meja Lipat Ketika Bermain Seorang Diri!

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia dalam insiden tragis apabila tersepit di celah besi meja lipat di rumah sewanya di Taman Seri Putera, petang semalam. 

Menurut laporan Harian Metro, kejadian sekitar jam 4.15 petang itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang bermain seorang diri di bahagian belakang rumah. 

Budak perempuan bermain bertukar tragedi

Img 6843

Ibu serta dua adik-beradiknya yang berada di dalam rumah hanya menyedari kejadian apabila mereka tidak lagi mendengar sebarang bunyi dari arah belakang.

IKLAN

Mangsa tidak sedarkan diri

Img 6844

Apabila periksa, mereka menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri da terus panggil jiran untuk dapatkan bantuan menghantar mangsa ke hospital. 

Walau bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak.

Kejadian tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad.

#OhmediaNasihat

Ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memantau kanak-kanak ketika bermain, terutama di kawasan yang mempunyai peralatan berbahaya seperti meja lipat atau perabot lain. Sentiasa pastikan rumah selamat untuk mengelakkan risiko kemalangan.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi tragedi ini, dan kejadian seperti ini menjadi peringatan kepada semua.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas