Connect with us

Oh! Media

Bomba Selamatkan Tiga Lelaki Terbabas Dan Terjatuh Dari Jambatan Sungai Klang

terjatuh

Trending

Bomba Selamatkan Tiga Lelaki Terbabas Dan Terjatuh Dari Jambatan Sungai Klang

Kejadian di bawah jambatan Sungai Klang berdekatan dengan pusat beli-belah, seorang lelaki parah manakala dua lagi mangsa cedera selepas kereta yang dinaiki terjatuh dari jambatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Treler Punca 10 Orang Maut Kemalangan Ditahan Reman 4 Hari

Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.18 tengah malam dan semua mangsa merupakan lelaki berumur 30-an.

Ketiga-tiga mangsa berjaya keluar sendiri dari kereta

terjatuh
Anggota bomba melakukan misi penyelamatan. (Foto: Kosmo)

Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.20 tengah malam, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dan dua jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan.

Semua mangsa yang menaiki kereta Proton Saga telah terbabas dan terjatuh dari jambatan yang setinggi tiga meter.

Ketiga-tiga mangsa keluar sendiri sebelum pihak bomba tiba pukul 12.26 tengah malam.

Dua mangsa cedera ringan manakala seorang lagi dipercayai cedera parah di bahagian dalaman telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk tindakan selanjutnya.

Alhamdulillah semua mangsa diberikan peluang untuk bernafas dan semoga semuanya cepat sembuh. Harap semua yang memandu lebih berhati-hati di jalan raya ya!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas