Connect with us

Oh! Media

BKM Fasa 2 Dibayar Secara Peringkat Bermula Hari Ini

Penjawat awam

Trending

BKM Fasa 2 Dibayar Secara Peringkat Bermula Hari Ini

Berita baik untuk semua! Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.74bilion. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, jumlah itu termasuk empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup.

Untuk pengetahuan, BKM Fasa 2 juga akan ditambah dengan bantuan tunai yang bernilai RM630 juta dan menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.

Korang dah boleh semak status pembayaran di laman web rasmi BKM. Mana yang layak tu, dah cek akaun masing-masing ke belum?

Kredit: Kosmo 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas