Oh! Tidak
Bini Orang Anak 4 Kantoi ‘Projek’ Dengan Lelaki Bujang
Bini orang woi… Dalam usaha menutup perbuatan terkutuk mereka, sepasang kekasih sanggup mengaku sebagai suami isteri semata-mata untuk mengelak dari dikesan jiran dan pihak berkuasa.
Tapi penipuan itu akhirnya terbongkar apabila mereka dicekup khalwat oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah sewa di Padang Serai, Kedah awal pagi Ahad lalu.
Rupanya isteri orang, anak 4…

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, wanita berusia 29 tahun itu sebenarnya masih berstatus isteri orang dan mempunyai empat orang anak.
Wanita berstatus isteri orang dan pasangannya ditangkap khalwat di rumah sewa wanita itu, dia dikatakan dalam proses perceraian.- Katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit sedang menjalani hukuman penjara sejak November tahun lalu dipercayai berkaitan kes dadah, manakala anak-anak berada dalam jagaan ibu bapa mereka di kampung.
Baru kenal empat bulan, sudah menumpang rumah…
Lebih mengejutkan, pasangan ini baru sahaja mengenali satu sama lain sejak awal tahun ini. Lelaki bujang berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pemandu jentera berat itu memberi alasan menumpang tidur di rumah wanita terbabit kerana sedang menjalankan kerja di sekitar kawasan Padang Serai.
Difahamkan, kedua-duanya memberitahu jiran bahawa mereka baru berkahwin.- Kata Anwar lagi.
Ketika serbuan dilakukan pada jam 1.45 pagi, wanita tersebut mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu dan si lelaki pula ditemui bersembunyi di sebalik pintu.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Pssttt! Jangan sesekali cuba menutup kesalahan dengan penipuan kerana lambat laun, kebenaran akan terbongkar juga. Lebih menyedihkan apabila yang terlibat sudah berstatus isteri orang dan sanggup melibatkan jiran serta anak-anak dalam kemelut yang dicipta sendiri. Semoga ini jadi pengajaran buat kita semua agar tidak mudah leka dengan nafsu dan sentiasa menjaga maruah diri serta keluarga.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM