Oh! Tidak

“Bila Aku Tak Ngam Dengan Hampa” – Tauliah Mengajar Ustaz Abdullah Khairi Di Selangor Ditarik Balik

Published on

Siapa tak kenal dengan Ustaz Abdullah Khairi yang terkenal dengan jenaka bersahaja iaitu jerkah orang ketika memberi teguran.

Biasa la orang utara, depa memang suka melawak betul tak? Terbaru, ustaz menyampaikan berita sedih iaitu beliau tak dibenarkan memberi ceramah di negeri Selangor.

Kata ustaz, tauliah mengajar yang beliau dapat dari 2013 tiba-tiba ditarik balik. Beliau siap tunjuk surat rasmi yang diterima daripada Majlis Agama Islam Selangor.

Tak cukup dengan itu, ustaz dilihat mengaitkan sesuatu isu menyebabkan tauliahnya ditarik semula.

Kata ustaz, semasa ustaz bersama ‘mereka’ sejak 2013 dia langsung tidak diusik. Tetapi apabila tak ‘ngam’, tauliahnya dibatalkan.

BACA: Tak Ada Tauliah, Ini Punca Ustaz Kazim Elias Tolak Undangan Ceramah Di Selangor

Terdahulu, penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias menjelaskan punca beliau menolak undangan ceramah di negeri Selangor.

Rupa-rupanya kerana beliau tak ada tauliah bukan suka-suka tak mahu beri ceramah.

Kredit: Instagram Ustaz Abdullah Khairi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version