Connect with us

Oh! Media

Berbikini Menari Dalam Kolam Renang, Polis Tahan 299 Sertai Parti Liar Di Bukit Kiara

parti liar

Trending

Berbikini Menari Dalam Kolam Renang, Polis Tahan 299 Sertai Parti Liar Di Bukit Kiara

Wah! Seronoknya korang berpesta dalam swimming pool malam-malam ya? Memetik laporan Harian Metro, pihak polis berjaya menahan 189 lelaki dan 110 wanita yang menyertai parti liar di kelab persendirian Bukit Kiara malam tadi.

ADVERTISEMENT

Polis yang melakukan serbuan mengejut itu mendapati semua pengunjung sedang berseronok di kolam renang kelab terbabit. Tidak cukup dengan itu, ada juga sebahagian wanita berbikini sedang leka menari dan mandi di dalam kolam bersama lelaki.

Ramai warga tempatan ditahan dalam serbuan

Timbalan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor mengesahkan perkara itu di mana seramai 158 lelaki dan 55 wanita adalah warga tempatan dan selebihnya adalah warga asing.

Parli liar ini dipercayai berlangsung sejak jam 4 petang hingga lewat pagi. Semua yang ditahan turut menjalani ujian air kencing bagi mengesan tujuan parti dijalankan untuk berhibur ataupun dadah.

Ada yuran perlu dibayar kalau nak turut serta parti kolam renang

Berdasarkan soal siasat polis turut mendapati setiap pengunjung perlu membayar sehinga RM60 dan kad jemputan akan diterima melalui aplikasi media sosial. Makanan serta minuman keras turut disediakan penganjur. Murah juga yuran parti liar ni kan? Aha, korang jangan sekali-kali sertai parti liar macam ni ok!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas