Connect with us

Oh! Media

Berang Dilabel ‘Kuat Makan’, Seorang Lelaki Tumbuk Amah Hingga Patah Tulang

kuat makan

Trending

Berang Dilabel ‘Kuat Makan’, Seorang Lelaki Tumbuk Amah Hingga Patah Tulang

Kejadian di Kota Singapura, seorang lelaki telah menumbuk dan menendang pembantu rumahnya kerana bengang dilabel sebagai ‘kuat makan’.

ADVERTISEMENT

BACA: Bengang Kena Simbah Air, Petinju Muay Thai Tendang Lelaki ‘Biadap’

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki tersebut menumbuk amah itu kerana tersilap memotong makanan dan menyebabkan mangsa patah tulang selepas ditumbuk sebanyak tiga kali di bahagian muka.

Minum minuman keras hingga mabuk

kuat makan

Suriya Krishnan telah dihukum penjara selama enam bulan pada Selasa dan perlu membayar denda sebanyak 8,500 dolar Singapura kepada mangsa.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan kerana telah menyebabkan pembantu rumahnya mengalami kecederaan secara ‘sengaja’.

Tertuduh juga didakwa menendang kepala, dahi dan peha mangsa yang merupakan warga Myanmar.

Kejadian ini berlaku semasa sambutan hari kelahiran bapa Suriya. Suriya didapati telah meminum minuman keras sehingga mabuk sebelum sambutan bermula.

Ketika mangsa menyediakan makanan, mangsa telah memotong jeli tidak mengikut cara yang dimahukan dan menyatakan Suriya seorang yang banyak makan.

Bengang mendengar kenyataan itu, Suriya menumbuk pembantu rumahnya sebanyak tiga kali sehingga mengalami keretakan pada bahagian mata dan pendarahan serta sakit pada mata.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas