Oh! Tidak
Berang Cinta Ditolak, Lelaki Tikam Warga Emas Dan Anaknya Sehingga Maut
Seorang wanita dan bapanya maut ditikam di hadapan lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Georgetown Pulau Pinang.
Lapor Harian Metro, kejadian berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati apabila cintanya ditolak wanita terbabit.
Bapa dan anak maut ditempat kejadian

Difahamkan, kejadian serangan berlaku pada jam 1.15 tengah hari ketika mangsa baru pulang dari tempat kerja.
Suspek yang bersenjatakan pisau menikam mangsa dan bapa mangsa dalam usaha melindungi anaknya turut ditikam. Dua beranak berkenaan dilaporkan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.
Suspek mencederakan diri sendiri

Suspek kemudian mencederakan dirinya sendiri dengan mengelar serta menikam tubuhnya beberapa kali sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Terbaru, The Star melaporkan, suspek berada dalam keadaan stabil dan akan direman selama tujuh hari.
Lelaki berusia 32 tahun itu akan direman hingga Khamis di Hospital Pulau Pinang, tempat suspek menerima rawatan bagi kecederaan yang dipercayai dilakukan oleh dirinya sendiri.
Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Datuk Hamzah Ahmad, memaklumkan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Kini pihak polis sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | The Star
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM