Connect with us

Oh! Media

“Benda Ni Tak Kelakar” – Wanita Ini Nasihat Bikers Supaya Tak Sia-Siakan Kepercayaan Isteri

Trending

“Benda Ni Tak Kelakar” – Wanita Ini Nasihat Bikers Supaya Tak Sia-Siakan Kepercayaan Isteri

Kecoh diperkatakan di media sosial mengenai video dua orang lelaki memeluk bahu serta merangkul pinggang seorang pelayan wanita ketika sedang bergambar.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hati-Hati Kalau BF, Suami Pergi Ride” – Netizen Kecam Lelaki Rangkul Pinggang Pelayan Wanita

Aksi spontan lelaki-lelaki dipercayai bikers itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Di Facebook, seorang wanita bernama WN Syuhada meluahkan pendapatnya mengenai isu viral ini.

Dia sebagai isteri kepada bikers menegur para lelaki supaya tidak mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan isteri. Katanya, tidak salah untuk melayan hobi tetapi janganlah sampai mengundang fitnah.

Melihat kepada situasi itu, perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah perasaan si isteri. Meskipun itu hanyalah bergurau, dia merasakan ianya tidak patut.

Menurutnya, si suami sepatutnya menghargai sokongan isteri yang membenarkan mereka keluar ride bersama kawan-kawan. Sebaiknya jagalah tingkah laku dan cuba untuk ambil hati isteri pula. Bila dah jadi macam ni, nama baik bikers lain pun terpalit sama kan?

Kredit: Facebook WN Syuhada

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas