Connect with us
gisbh

Oh! Tidak

Bekas Ahli Dedah GISBH ‘Perah’ Ahli, Kutip RM2 Juta Sebulan

Tidak dibayar gaji, tiada caruman simpanan, dan hanya diberikan tempat tinggal serta makan minum, itu antara dakwaan terhadap GISBH, sebuah syarikat yang giat mempromosikan produk barangan Islam.

Bekas ahli yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 41, mendedahkan bahawa syarikat ini memperoleh pendapatan lebih RM2 juta setiap bulan hasil ‘mahar’ daripada 58 zon yang dibahagikan.

IKLAN

Setiap zon diwajibkan menyumbang RM1,500 sehari, menjadikan jumlah terkumpul RM40,000 sebulan. Dengan 58 zon, ia mencapai kira-kira RM2.3 juta. Kami panggil ini mahar.- Kata Azman.

Menurutnya, jika ada keperluan khusus seperti pembelian aset, nilai aset akan dibahagikan kepada zon. Sebagai contoh, jika aset berharga RM1 juta, setiap zon perlu menyumbang sekitar RM18,000.

Tambahnya, jika kutipan harian tidak mencukupi, ahli akan menyerahkan harta sendiri, meminta bantuan keluarga atau kenalan, malah ada yang serahkan wang bantuan kerajaan kepada kepimpinan.

Modus operandi perniagaan ini menggunakan rangkaian perniagaan yang didaftarkan dengan SSM, di bawah nama individu yang akan menyerahkan wang jualan mengikut arahan.- Dedahnya lagi.

Dari segi gaya hidup, Azman berkata, tidak semua ahli dibenarkan menggunakan peranti pintar atau menonton hiburan. Televisyen hanya dibenarkan untuk program yang disiarkan selepas kutipan harian.

Kami tidak dibayar gaji, hanya diberi makan dan tempat tinggal untuk keluarga.- Katanya.

Azman turut mendakwa bahawa ahli yakin apa saja yang dimiliki oleh pemimpin adalah berkat, termasuk makanan dan minuman yang diberi kepada orang awam.

gisbh

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas